top of page

Peraturan Tatami Homestay

Selamat Datang ke Tatami Homestay

Kami meminta kerjasama para pelanggan untuk mematuhi peraturan-peraturan yg ditetapkan seperti berikut:

 

  1. Baki sewaan perlu dijelaskan sepenuhnya selewat-lewatnya 24 jam sebelum check-in.
    Password kunci hanya akan diberi selepas pembayaran penuh dibuat.

     

  2. Setelah membuat bayaran deposit, sebarang pembatalan harus dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh penginapan. Kurang dari tarikh itu, refund akan dibuat tetapi tertakluk pada terma & syarat. Baca terma & syarat yang lengkap di butang bawah:
    ​



     

  3. Waktu check-in: 3 petang
    waktu check-out: 12 tengah hari

     

  4. Hanya pasangan yang telah sah berkahwin sahaja dibenarkan menginap termasuklah pasangan yang bukan islam.
     

  5. Perkara dilarang di dalam homestay 

    (a) merokok didalam homestay, dan sila merokok pada tempat disediakan di luar rumah.
    (b) mengalihkan barang / perabot tanpa kebenaran.
    (c) membuat sebarang majlis / event / party yang melibatkan ramai orang
    (d) meminum minuman keras / alkohol di dalam rumah / kawasan homestay
    (e) membawa makanan haram di dalam rumah / kawasan homestay
    (f) membawa haiwan perliharaan di dalam rumah (kucing, anjing, kuda, zirafah, dsb)
    (g) menggunakan homestay untuk kegiatan maksiat, judi, penyalahgunaan dadah atau sebarang aktiviti yang boleh menyalahi undang-undang negara dan islam
    (h) membuang sampah / tuala wanita / pantyliner didalam saluran tandas. Sila gunakan tong sampah yang telah disediakan
    (i) membawa barang homestay keluar dari rumah
    (j) Dilarang membuat bising supaya tidak mengganggu jiran-jiran

     

  6. Sentiasa memberi perhatian pada anak-anak anda agar tidak mengganggu / merosakkan barang serta sentiasa menjaga keselamatan anak-anak.
     

  7. Setalah pembayaran penuh dibuat, tiada sebarang pembayaran balik (refund) akan dilakukan jika pelanggan check-out lebih awal dari tarikh sepatutnya check-out atas sebarang alasan sekalipun




 

*Sebarang kerosakan perlu dibayar oleh pelanggan
**Kami sebagai tuan rumah berhak untuk mengarahkan pelanggan keluar dari menginap di homestay jika tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan tanpa sebarang refund kepada pelanggan.

***Jika pembayaran dibuat, ini bermakna anda telah bersetuju dengan peraturan yang dinyatakan di atas.

​

​

​

​

​

bottom of page