top of page

Terma & Syarat
Tatami Homestay

TERMA & SYARAT TATAMI HOMESTAY

Sila baca terma & syarat ini dengan teliti sebelum membuat tempahan. Dengan membuat bayaran deposit atau bayaran penuh, anda dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua terma, syarat, dan peraturan yang dinyatakan di bawah.

 

1. MAKLUMAT PEMBAYARAN

  1. Semua pembayaran berkaitan tempahan Tatami Homestay hendaklah dibuat hanya ke akaun berikut:
    Maybank - 514712413118
    Amirul Fareez
     

  2. Kami hanya menggunakan akaun bank yang dinyatakan di atas sahaja untuk sebarang urusan pembayaran homestay.
     

  3. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, penipuan, atau salah bayar sekiranya pembayaran dibuat ke akaun selain yang dinyatakan di atas.


 

2. DEPOSIT TEMPAHAN DAN DEPOSIT KESELAMATAN (SECURITY DEPOSIT)

  1. Deposit diperlukan untuk mengesahkan tempahan dan pada masa yang sama berfungsi sebagai deposit keselamatan (security deposit) sepanjang tempoh penginapan.
     

  2. Kadar deposit adalah seperti berikut:
    - Tempahan 1 hingga 2 malam: RM50
    - Tempahan 3 hingga 6 malam: RM100
    - Tempahan 7 malam dan ke atas: RM200 untuk setiap minggu

    Contoh:
    Tempahan 7 malam: deposit RM200
    Tempahan 14 malam: deposit RM400
    Tempahan 30 malam: deposit RM800
     

  3. Bagi tarikh puncak seperti peak date, long weekend, convocation, cuti umum, atau tarikh yang kami anggap mempunyai permintaan tinggi, deposit minimum adalah RM100 walaupun tempahan hanya untuk 1 malam.
     

  4. Tempahan adalah berdasarkan sistem first come, first served. Tarikh hanya dianggap disahkan selepas deposit diterima.
     

  5. Selagi deposit belum diterima, kami berhak menawarkan tarikh yang sama kepada tetamu lain tanpa notis terlebih dahulu.
     

  6. Deposit yang telah dibayar akan dianggap sebagai sebahagian daripada bayaran keseluruhan dan juga sebagai deposit keselamatan. Oleh itu, tetamu hanya perlu menjelaskan baki penuh bayaran penginapan semasa atau sebelum check-in, tidak termasuk deposit yang telah dibayar lebih awal.
     

  7. Deposit akan dipulangkan semula selepas check-out sekiranya tiada kerosakan, kehilangan barang, pelanggaran peraturan, atau keperluan pembersihan tambahan.
     

  8. Segala bayaran balik deposit yang diluluskan akan diproses dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja.



3. PEMBAYARAN PENUH

  1. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 24 jam sebelum waktu check-in, kecuali jika kami membenarkan sebaliknya.
     

  2. Password kunci / arahan self check-in hanya akan diberikan selepas bayaran penuh diterima.
     

  3. Jika bayaran penuh tidak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, kami berhak membatalkan tempahan dan tarikh tersebut boleh dibuka semula kepada tetamu lain.
     

  4. Jika tempahan melibatkan lebih daripada 1 malam, bayaran penuh adalah berdasarkan jumlah keseluruhan malam yang ditempah, bukan hanya malam pertama.
    Contoh:
    - Jika tetamu menempah 3 hari 2 malam, bayaran penuh perlu dibuat untuk 2 malam.
    - Jika tetamu menempah 5 hari 4 malam, bayaran penuh perlu dibuat untuk 4 malam.
    - Tetamu tidak boleh membuat bayaran untuk sebahagian malam sahaja kecuali jika dipersetujui oleh kami terlebih dahulu.
     

  5. Jika tetamu memendekkan tempoh penginapan selepas tempahan dibuat, sebarang harga promosi, harga pakej, atau diskaun khas yang berkaitan dengan bilangan malam asal akan terbatal, dan kadar harga akan dikira semula berdasarkan bilangan malam sebenar mengikut harga semasa atau harga asal yang berkenaan.



4. POLISI PEMBATALAN TEMPAHAN

  1. Jika tetamu ingin membatalkan tempahan, tetamu hendaklah memaklumkan kepada kami secepat mungkin.
     

  2. Jika pembatalan dibuat dan tetamu memaklumkan kepada kami lebih awal, kami akan membuka semula tarikh tersebut kepada tetamu lain.
     

  3. Jika tarikh yang dibatalkan berjaya diisi semula oleh tetamu lain selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh check-in, deposit boleh dipulangkan semula.
     

  4. Jika tarikh yang dibatalkan berjaya diisi semula kurang daripada 2 hari sebelum tarikh check-in, sebarang refund deposit adalah tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara kami.
     

  5. Jika tarikh yang dibatalkan tidak berjaya diisi semula, deposit tidak akan dipulangkan.
     

  6. Jika pembatalan dibuat kurang daripada 48 jam sebelum tarikh check-in atau pada hari check-in, deposit kebiasaannya tidak akan dipulangkan. Walau bagaimanapun, sebarang pertimbangan khas adalah tertakluk kepada budi bicara kami sepenuhnya.
     

  7. Sebarang alasan kecemasan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan yang munasabah untuk dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, sebarang kelulusan refund atau kelonggaran tetap tertakluk kepada budi bicara kami sepenuhnya.
     

  8. Pembatalan atas alasan peribadi, pertukaran plan, kelewatan perjalanan, perubahan mood, masalah keluarga biasa, atau sebab-sebab lain yang tidak melibatkan keadaan luar biasa yang benar-benar serius tidak mewajibkan kami memberi refund.



5. POLISI PENUKARAN TARIKH / RESCHEDULE

  1. Permintaan untuk menukar tarikh bukanlah hak automatik tetamu dan tertakluk sepenuhnya kepada ketersediaan serta persetujuan kami.
     

  2. Sebarang permintaan pertukaran tarikh hendaklah dimaklumkan seawal mungkin.
     

  3. Sebarang permintaan pertukaran tarikh yang dibuat kurang daripada 14 hari sebelum tarikh check-in boleh dianggap sebagai pembatalan tempahan asal.
     

  4. Sebarang permintaan pertukaran tarikh yang dibuat kurang daripada 7 hari sebelum tarikh check-in kebiasaannya tidak akan dilayan, melainkan dalam keadaan tertentu yang dipersetujui oleh kami.
     

  5. Sebarang permintaan pertukaran tarikh yang dibuat kurang daripada 48 jam sebelum tarikh check-in atau pada hari check-in boleh ditolak terus tanpa sebarang refund deposit.
     

  6. Jika pertukaran tarikh diluluskan, ia hanya boleh dibuat sekali sahaja bagi satu tempahan, tertakluk kepada tarikh baharu yang dipersetujui.
     

  7. ika tetamu gagal mengesahkan tarikh baharu dalam tempoh yang kami tetapkan, tempahan asal akan kekal tertakluk kepada polisi pembatalan.
     

  8. Sebarang harga promosi, kadar istimewa, atau diskaun terdahulu tidak semestinya dibawa ke tarikh baharu. Harga baharu akan tertakluk kepada kadar semasa.
     


6. NO-SHOW / GAGAL HADIR

  1. Jika tetamu gagal hadir pada tarikh check-in tanpa sebarang makluman yang dipersetujui, tempahan akan dianggap sebagai no-show.
     

  2. Bagi kes no-show, semua bayaran yang telah dibuat adalah hangus dan tempahan akan terbatal secara automatik.
     

  3. Jika tetamu menempah untuk 2 hari atau lebih dan tidak hadir pada hari pertama tanpa memaklumkan kepada kami, kami berhak membuka tarikh hari berikutnya kepada tetamu lain walaupun bayaran penuh telah dibuat

     

7. CHECK-IN, CHECK-OUT & TAMBAHAN MASA

  1. Waktu check-in rasmi ialah jam 3:00 petang.
     

  2. Waktu check-out rasmi ialah jam 12:00 tengah hari.
     

  3. Jika tetamu memerlukan tambahan masa, sila maklumkan kepada kami secepat mungkin dan elakkan memaklumkan kepada kami pada saat akhir kerana housekeeping akan sampai pada pukul 12:00 tengah hari.
     

  4. Caj tambahan masa adalah seperti berikut:
    - RM20 untuk 1 jam pertama
    - RM10 untuk setiap jam berikutnya
     

  5. Tambahan masa akan bermula dari pukul 12:00 tengah hari dan tertakluk kepada maksimum 4 jam sahaja. Tempoh maksimum tambahan masa akan berakhir pada pukul 4:00 petang.
     

  6. Jika tambahan masa melebihi 4 jam, caj boleh dikenakan mengikut kadar satu hari penginapan atau kadar lain yang dipersetujui.
     

  7. Check-in awal atau check-out lewat hanya tertakluk kepada ketersediaan dan persetujuan kami terlebih dahulu.
     

  8. Kelulusan untuk tambahan masa bukan jaminan automatik dan bergantung kepada jadual tempahan semasa.
     

  9. Kami berhak meminda waktu check-in sekiranya berlaku sebarang perkara di luar jangkaan atau di luar kawalan kami. Contohnya, rumah terlalu kotor disebabkan oleh tetamu sebelumnya, atau tetamu sebelumnya check-out terlalu lewat sehingga menyebabkan housekeeping tidak dapat menyiapkan homestay tepat pada waktunya. Walau bagaimanapun, kami akan memaklumkan kepada anda secepat mungkin.


 

8. KAPASITI TETAMU, PELAWAT & AKTIVITI

  1. Kapasiti maksimum penginapan ialah 8 orang sahaja, kecuali jika kami meluluskan sebaliknya secara bertulis.
     

  2. Jika jumlah tetamu melebihi had yang dibenarkan, kami berhak mengenakan caj tambahan, menolak check-in, membatalkan tempahan, atau mengarahkan tetamu keluar tanpa refund.
     

  3. Dilarang sama sekali mengadakan sebarang majlis, event, gathering, birthday party, kenduri, pernikahan, aktiviti komersial, kelas, workshop, jualan, atau apa-apa aktiviti yang melibatkan kehadiran ramai orang.
     

  4. Sebarang aktiviti perniagaan tanpa kebenaran kami adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada aktiviti jualan, promosi, servis berbayar, kelas berbayar, rawatan, atau apa-apa aktiviti yang mempunyai unsur komersial.
     

  5. Dilarang menjalankan sebarang aktiviti perubatan tradisional di dalam atau di sekitar homestay, termasuk tetapi tidak terhad kepada urutan tradisional, rawatan alternatif, bekam, atau apa-apa aktiviti yang boleh mengganggu keselesaan, keselamatan, atau menimbulkan salah faham kepada jiran dan kawasan sekitar.
     

  6. Pelawat luar yang tidak menginap juga tertakluk kepada had dan kebenaran kami. Kami berhak mengehadkan atau menolak kehadiran pelawat tambahan.
     

  7. Tetamu hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku dan tidak membuat bising di homestay demi menjaga keharmonian, keselesaan, dan privasi jiran-jiran sekitar.
     

  8. Sebarang bunyi bising, muzik kuat, jeritan, pergaduhan, atau gangguan kepada jiran adalah dilarang sama sekali.

9. PARKING & KENDERAAN

  1. Had parkir di dalam pagar homestay adalah seperti berikut:
    - Kereta biasa: maksimum 3 buah
    - Kereta 4x4: maksimum 2 buah
    - Gabungan: maksimum 1 kereta biasa + 1 kereta 4x4
    - Lori: maksimum 1 lori 3 tan
    - Bas: tidak dibenarkan
     

  2. Jika jumlah atau jenis kenderaan melebihi had yang dibenarkan, tetamu hendaklah meletakkan kenderaan di kawasan lain yang sesuai dan selamat atas tanggungan sendiri.
     

  3. Dilarang memarkir kenderaan di rumah jiran atau di mana-mana kawasan yang boleh mengganggu laluan, akses, atau keselesaan jiran sekitar.
     

  4. Kenderaan hendaklah diparkir dengan baik tanpa mengganggu jiran, pagar rumah lain, laluan awam, atau akses keluar masuk.
     

  5. Sebarang saman, aduan jiran, kerosakan, kehilangan, atau kecurian ke atas kenderaan adalah di bawah tanggungjawab tetamu sendiri.


 

10. PERATURAN PENGINAPAN

  1. Hanya pasangan yang sah berkahwin dibenarkan menginap sebagai pasangan.
     

  2. Dilarang merokok atau vape di dalam rumah. Jika ingin merokok, sila gunakan kawasan yang dibenarkan di luar rumah.
     

  3. Dilarang meminum alkohol, membawa bahan haram, berjudi, menyalahgunakan dadah, melakukan maksiat, atau menjalankan apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang.
     

  4. Dilarang membawa makanan haram ke dalam rumah atau kawasan homestay.
     

  5. Dilarang membawa haiwan peliharaan ke dalam rumah atau kawasan homestay tanpa kebenaran bertulis daripada kami.
     

  6. Dilarang membawa makanan yang berbau kuat seperti durian ke dalam homestay.
     

  7. Dilarang memasak makanan yang berasaskan bau yang kuat seperti ikan masin, belacan, atau sebarang makanan lain yang boleh meninggalkan bau yang kuat dan berpanjangan di dalam homestay.
     

  8. Dilarang mengalihkan, membawa keluar, menyalahgunakan, merosakkan, atau membawa balik apa-apa barang, perabot, kelengkapan, atau kemudahan homestay tanpa kebenaran.
     

  9. Dilarang membuang sampah, tuala wanita, pantyliner, lampin, sisa makanan, minyak, atau benda asing ke dalam sinki, tandas, atau saluran paip. Sila gunakan tong sampah yang disediakan.
     

  10. Sila sentiasa mengawasi anak-anak demi keselamatan mereka dan bagi mengelakkan kerosakan pada harta benda homestay atau gangguan kepada jiran.

 


11. KESELAMATAN & TANGGUNGJAWAB TETAMU

  1. Tetamu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan diri sendiri, ahli keluarga, anak-anak, warga emas, dan barang peribadi masing-masing sepanjang tempoh penginapan.
     

  2. Tetamu hendaklah sentiasa berhati-hati dan memastikan penggunaan kemudahan homestay dibuat dengan selamat dan betul.
     

  3. Ibu bapa atau penjaga hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak bagi mengelakkan sebarang kemalangan di dalam atau di sekitar homestay.
     

  4. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kecederaan, kehilangan, atau kejadian tidak diingini yang berlaku di dalam atau di sekitar homestay akibat kecuaian, kelalaian, atau kegagalan tetamu mematuhi langkah keselamatan.
     

  5. Alat pemadam api disediakan di luar homestay untuk kegunaan semasa kecemasan sahaja. Jika berlaku salah guna, kerosakan, kehilangan, atau penggunaan tanpa sebab munasabah, tetamu bertanggungjawab sepenuhnya dan perlu membayar kos gantian alat tersebut.
     

  6. CCTV dipasang di bahagian luar homestay sebagai langkah keselamatan bagi memantau kawasan luar rumah, pintu masuk, dan persekitaran yang berkaitan. Dengan membuat tempahan, tetamu dianggap memahami dan bersetuju dengan penggunaan CCTV ini bagi tujuan keselamatan, pemantauan, dan jika perlu, rujukan sekiranya berlaku sebarang insiden.



12. KEROSAKAN, KEHILANGAN & CAJ TAMBAHAN

  1. Tetamu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang kerosakan, kehilangan, pencemaran keterlaluan, kesan merokok, atau keperluan pembersihan tambahan yang berlaku sepanjang tempoh penginapan.
     

  2. Kami berhak menolak sebahagian atau keseluruhan deposit sekiranya terdapat kerosakan, kehilangan barang, pelanggaran peraturan, atau keperluan pembersihan tambahan selepas pemeriksaan check-out.
     

  3. Kami juga berhak menuntut bayaran gantirugi, kos pembaikan, kos pembersihan, atau kos penggantian item yang rosak atau hilang berdasarkan nilai munasabah semasa jika jumlah kerugian melebihi deposit yang dibayar.
     

  4. Jika kerosakan atau pelanggaran adalah serius, kami berhak menamatkan penginapan serta-merta tanpa refund.


 

13. TEMPAHAN UNTUK PIHAK KETIGA / MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

  1. Jika anda membuat tempahan bagi pihak ahli keluarga, rakan, pekerja, atau mana-mana pihak ketiga, anda bertanggungjawab memastikan mereka membaca dan mematuhi semua terma, syarat, dan peraturan homestay.
     

  2. Sebarang pelanggaran yang dilakukan oleh pihak yang anda tempahkan akan tetap menjadi tanggungjawab anda sebagai pembuat tempahan.
     

  3. Pembuat tempahan bertanggungjawab memastikan semua tetamu mempunyai dokumen pengenalan diri atau permit yang sah mengikut undang-undang Malaysia.
     

  4. Kami berhak menolak check-in atau melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat mana-mana tetamu yang melanggar undang-undang atau tidak mempunyai dokumen yang sah.
     

  5. Kami berhak menolak, menghalau, atau melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya kami mendapati terdapat sebarang aktiviti yang mencurigakan atau berkemungkinan melanggar undang-undang negara atau peraturan tempatan.
     

  6. Jika anda adalah pengantin pada hari tempahan atau pada hari check-out, sila berikan nombor telefon pihak lain yang boleh kami hubungi bagi memudahkan urusan sekiranya anda sukar dihubungi.



14. SELF CHECK-IN

  1. Kami mengamalkan sistem self check-in.
     

  2. Arahan self check-in akan dihantar melalui WhatsApp atau saluran komunikasi lain yang sesuai selepas tempahan disahkan dan bayaran penuh diterima.
     

  3. Tetamu hendaklah mematuhi semua arahan check-in, penggunaan kunci, password, dan langkah keselamatan yang diberikan.
     

  4. Password kunci, arahan masuk, dan maklumat akses adalah sulit dan tidak boleh dikongsi kepada pihak luar tanpa kebenaran kami.


 

15. CHECK-OUT AWAL

  1. Jika tetamu memilih untuk check-out lebih awal daripada tarikh yang ditempah atas apa-apa alasan sekalipun, tiada refund akan diberikan bagi baki malam yang tidak digunakan.


16. BARANG PERIBADI & BARANG TERTINGGAL

  1. Sila pastikan semua barang berharga, dokumen penting, dan barang peribadi dibawa keluar semasa check-out.
     

  2. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan, kerosakan, atau keciciran barang peribadi tetamu di dalam homestay.
     

  3. Jika terdapat barang yang tertinggal selepas check-out, kami berhak untuk melupuskan, membuang, atau menguruskan barang tersebut tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
     

  4. Walau bagaimanapun, bagi barang yang kami anggap penting atau bernilai, kami boleh menyimpannya untuk tempoh yang munasabah atas budi bicara kami, tanpa sebarang jaminan.
     

  5. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk mengepos semula barang yang tertinggal. Jika tetamu meminta barang tersebut dipos semula, segala kos pembungkusan, penghantaran, kos masa, kos kerja-kerja pengeposan, dan risiko semasa penghantaran hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh tetamu. Caj tambahan juga boleh dikenakan kerana kami mungkin perlu mendapatkan bantuan pihak lain untuk melakukan kerja pembungkusan dan pengeposan.


 

17. HAK TUAN RUMAH

  1. Kami berhak menolak mana-mana tempahan yang dirasakan tidak sesuai atau berisiko.
     

  2. Kami berhak mengarahkan tetamu keluar, membatalkan tempahan, atau menolak check-in tanpa refund sekiranya berlaku pelanggaran terma, syarat, peraturan, salah nyata maklumat, lebihan tetamu, aktiviti terlarang, atau gangguan kepada jiran dan kawasan sekitar.
     

  3. Kami berhak membuat keputusan muktamad bagi sebarang pertikaian berkaitan tempahan, refund, pertukaran tarikh, kapasiti tetamu, kerosakan, dan pelanggaran peraturan, berdasarkan rekod serta penilaian munasabah kami.



18. KEADAAN DI LUAR KAWALAN

  1. Kami tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kegagalan menyediakan penginapan atau gangguan terhadap penginapan yang berpunca daripada kejadian di luar kawalan munasabah seperti bencana alam, banjir, gangguan utiliti, kerosakan teknikal besar, arahan pihak berkuasa, rusuhan, wabak, atau keadaan kecemasan lain.



19. PINDAAN TERMA & SYARAT

  1. Kami berhak mengemas kini atau meminda terma dan syarat ini dari semasa ke semasa.
     

  2. Bagi tempahan yang telah disahkan, versi terma dan syarat yang terpakai adalah versi yang berkuat kuasa pada tarikh deposit atau tempahan dibuat, kecuali jika dipersetujui sebaliknya.



20. PENERIMAAN TERMA

  1. Dengan membuat bayaran deposit atau bayaran penuh, anda dianggap telah memahami dan bersetuju untuk mematuhi semua terma, syarat, dan peraturan Tatami Homestay.


     

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kami terlebih dahulu sebelum membuat tempahan.

bottom of page